Thursday, January 20, 2011

NAMA SAYA BUKAN "YOYA" TAN

Salam


Terbaru ini, saya menerima sms dari salah seorang pensyarah di salah sebuah IPTA. Tujuan panggilan adalah dirahsiakan kerana ia adalah urusan peribadi. Namun yang saya kesalkan, beliau mendapat nombor telefon bimbit serta nama penuh saya di dalam internet. Tetapi mengapa tersalah eja nama saya? Nama saya ialah Nyonya Tan. Bukan Yoya Tan, atau Nona Tan ataupun sebagainya. Mahu tergelak pun ada. Tetapi saya berharap agar kesalahan ini tidak akan berulang.. Sila semak betul-betul sms yang mahu dihantar, kerana kadang kala tuan empunya diri akan terasa hati jika namanya disalah eja. Silap haribulan sms tidak akan dilayan. he..he..he..


Diulangi ya, nama saya ialah


NYONYA TAN
(012-6733 669)


Selamat Menyambut Hari Thaipusam


Kepada semua warga malaysia yang menyambutnya, saya ingin mengucapkan..


SELAMAT HARI THAIPUSAM 2011..



Ikhlas dari hati,
Nyonya Tan Abdullah..

Monday, January 10, 2011

Salam buat semua..

Alhamdulillah.. bertemu kembali..


Sedikit sebanyak ingin saya kongsi tentang persembahan pada 26hb Disember 2010 sempena dengan Majlis Rumah Terbuka Krismas Semalaysia 2010 Anjuran JKKN.. Memang agak kepenatan, namun seronok juga dengan kemeriahan yang melanda di Portugese Settlement, Ujong Pasir Melaka. Sangat happening dengan semburan ala-ala salji waktu finale..


Sementara menunggu giliran untuk menyanyi, sempat juga saya bergambar bersama rakan-rakan..




Bersama dengan Nyonya Rita dari Kesatuan Baba dan Nyonya (KEBAYA)





Bersama dengan rakan yang sama-sama ke PARIS untuk seni tekat benang emas (kiri).. & salah seorang wakil JKKN (kanan)..



Rasanya cukuplah setakat ini dahulu.. Semoga bertemu lagi di post akan datang.. 
Terima kasih..
Salam..

Monday, January 3, 2011

Pembuka Tirai 2011

Assalamualaikum Pembuka Bicara..


Bersempena dengan awal tahun 2011 ini, saya Nyonya Tan Abdullah ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana dengan limpah rahmat serta kurnia-Nya saya masih lagi dapat menemui tahun baru yang bakal mencoretkan seribu satu kemanisan buat diri ini. Dengan izin-Nya jua saya telah mewujudkan satu laman blog khas buat semua peminat Dondang Sayang untuk mencatitkan segala aktiviti-aktiviti yang telah mahupun bakal saya lalui pada hari-hari yang mendatang.


Dengan kewujudan laman blog Nyonya Tan Dondang Sayang ini, saya amat berharap agar Seni Warisan Dondang Sayang tidak akan luput dek hujan, tidak akan usang dek panas. Semoga warisan ini tetap mekar dihati Pencinta Seni Dondang Sayang dan akan terus diwarisi oleh generasi-generasi muda masa kini. 



Akhir kata, terima lah sejambak kasih dari saya, insan yang bergelar..

NYONYA TAN ABDULLAH




Wasalam..