Monday, January 3, 2011

Pembuka Tirai 2011

Assalamualaikum Pembuka Bicara..


Bersempena dengan awal tahun 2011 ini, saya Nyonya Tan Abdullah ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana dengan limpah rahmat serta kurnia-Nya saya masih lagi dapat menemui tahun baru yang bakal mencoretkan seribu satu kemanisan buat diri ini. Dengan izin-Nya jua saya telah mewujudkan satu laman blog khas buat semua peminat Dondang Sayang untuk mencatitkan segala aktiviti-aktiviti yang telah mahupun bakal saya lalui pada hari-hari yang mendatang.


Dengan kewujudan laman blog Nyonya Tan Dondang Sayang ini, saya amat berharap agar Seni Warisan Dondang Sayang tidak akan luput dek hujan, tidak akan usang dek panas. Semoga warisan ini tetap mekar dihati Pencinta Seni Dondang Sayang dan akan terus diwarisi oleh generasi-generasi muda masa kini. 



Akhir kata, terima lah sejambak kasih dari saya, insan yang bergelar..

NYONYA TAN ABDULLAH




Wasalam..

No comments:

Post a Comment